Tuesday, June 23, 2009

Tempe Goreng


Bahan

8 bungkus tempe (yg bungkus dgn daun...bukan yg moden punye)
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
hati dan pedal dari 2 ekor ayam

Cara

1. Tempe belah dua dan hiris nipis. Goreng hingga agak garing
2. Hati dan pedal ayam dipotong kecil-kecil. Kunyit dan garamkan, goreng
3. Hiris bawang merah dan cili merah
4. Tumis bahan hiris hingga kekuningan dan masukkan tempe, hati dan pedal yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan perisa dgn garam. Boleh diangkat.


Monday, June 22, 2009

Rendang Kerang

Tujuan masak rendang kerang ni sbb ada tetamu nak datang.........sape lagi kalau tak fizah n family. Beli kerang kat Tesco.....frust sbb kerang tak manis dah...kerang bersimpan, may be nak perabis stock agaknye. Kalau nak buat rebus je...mmg not recomended le. Setakat nak buat rendang boleh le.....................


4 kilo kerang (rebus separuh masak)
8 biji bawang merah (besar...yg kecik dah habis)*
7 ulas bawang putih*
10-15 tangkai cili kering*
2 sm halia*
2 sm lengkuas*
3 batang serai*
5 biji buah keras*
1/2 kilo santan (yg dah siap perah kat kedai tu)
1/2 biji kelapa parut (nak buat kerisek)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
* dikisar
Cara
1. Rebus kerang separuh masak dan kopek
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan hingga wangi.
3. Setelah naik minyak....masukkan santan dan biarkan mendidih.
4. Biarkan seketika masukkan kerang dan daun kunyit yg dihiris.
5. Masukkan kerisek dan gaul sebati.
6. Bila kuah dah agak pekat boleh diangkat atau perlahankan api dan masak hingga kuah agak kering.











Monday, June 1, 2009

Happy Birthday......ADAM

16/05/2009 ada jemputan utk celebrate birthday Adam........kat McDonald Sek.3, Shah Alam. Permata hati Rizal dan Rafizah. G and family terlewat smp....sbb tunggu hubby p betul aircon kereta kat Kepong. Smp lebih kurang dalam 3.40 ptg. Majlis pukul 3.00 ptg. Ingatkan depa dah start dulu..rupa-rupanye mereka tunggu kami. Malu ada...menyesal pun ada...tapi nak camna.....hubby balik lambat.


Ini le birthday boy...tersenyum gembira. Ada satu yg G perasan....Adam ni ikut mak dia. Bila gembira sangat ...... malu....muka dia mesti merah.




Bakal menantu Fizah agaknye......bergaya....senyuman manis....ni le DURRATU (btul idak spelling tak tau le..sorry le kalau silap). Ayahnye kerja sama bangunan tp lain syarikat. Dulu satu office le...tapi now dah kena transfer.


Antara game yg ada dalam pakej tu..game ni kaum ibu dan anak je.


Ntah kenapa si rizal tutup mata pun tak tahu.......fizah tersenyum je.


Yus pun ada sama-sama memeriahkan lagi birthday ni. Kat sebelah dia tu Nadilah....Mana En. nazri masa ni pun tak tahu. Ada kat belakang-belakang tu kot.








Sambal Kelapa dan ulam-ulaman

Bab-bab menyambal....G belajar dari mak mertua. Masa mula-mula kahwin dulu kalau buat sambal belacan, G ikut cara emak G guna air asam jawa. Hubby kata kureng menyengat...setiap kali duk dgn mak mertua..G minta dia ajarkan. Padahal nak buat tu very-very simple...tp rasanye tu....mesti kena dgn selera my hubby...itu yg payah. Tapi la ni pandai dah..emak G pun dah ikut style sambal G..tak buh asam jawa dah..asam limau. Sambal kelapa ni kalau makan ngan pucuk pegaga memang ngam tapi hubby tak kisah asalkan ulam kampung.




3 biji cili merah
13 biji cili api
2 cm belacan (dibakar)
4-5 sb kelapa parut
1/2 genggam ikan bilis
3-4 biji limau kasturi (kalau limau nipis 1 - 1 1/2 biji)
garam
gula

Cara

1. Tumbuk cili merah dan cili api
2. Bila dah agak lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Perasakan dgn garam dan gula
3. Masukkan belacan bakar, bila dah tumbuk sebati masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga agak lumat dan lembab (sbb santan kelapa tu)

Ulam-ulaman yg dalam pinggan tu.....ulam raja, pucuk gajus dan kacang panjang

Lemak Cili Api Jantung Pisang

Salah satu menu hari minggu hari tu.... Masa p pasar tani ternampak ada makcik ni beli jantung pisang......teringin lak nak makan. Beli sebiji je..yg makan pun G dgn hubby je...anak2 makan kuahnye.


1 biji jantung pisang
10 biji cili api (ikut suka, kalau nak pedas lagi tambah lebih skt)
2 batang serai (dititik)
1 biji kelapa
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit (hiris kasar)
4 biji buah keras

Cara

1. Buang kulit luar sahaja, basuh, potong 2 dan rebus. Bila dah empuk. Tos dan sejukkan sebentar. Potong2 jantung pisang lebih kurang 2 cm lebar.
2. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan buah keras.
3. Perah santan dan masukkan bahan tumbuk tadi berserta dengan jantung pisang dan daun kunyit hiris
4. Apabila separuh mendidih, kacau kuah supaya tidak naik minyak. Perasakan dengan garam.
5. Bila dah mendidih secukupnya....boleh le diangkat.


Sambal Kacang Perut Tembusu

Hari minggu baru ni, lepas subuh siap2 p pasar tani stadium. Nak kejo perut tembesu punye pasal. Selalu p dah pkul 8 lebih, perut tu dah habis. Dapat le dalam 1 1/2 kilo. Balik rumah tugas hubby le mencuci dan merebusnye.. Kalau emak, masak lemak cili api...tapi G, hubby ngan along suruh masak sambal kacang.

Perut ni tak leh makan selalu sbb organ dalaman haiwan...tak baik untuk budak-budak. Sesekali xpe le. Last makan raya haji tahun lepas.

Sambal ni mak mertua yang ajar masa dia sihat dulu. Kalau rebus jgn sampai lembut sangat, biar liat-liat sikit baru BEST.


1 1/2 kilo perut tembusu
4 keping asam keping
3 batang serai*
4 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1 1/2 in. lengkuas*
1 1/2 in. halia*
4-5 biji buah keras* (masak kali ni xletak, sbb stok dah habis)
1 inci kunyit hidup*
2 senduk cili kering kisar
50 sen kacang tanah (sangai dan kisar)
garam
gula

Cara

1. Bersihkan perut dan rebus lebih kurang 40 minit. Masukkan asam keping untuk hilangkan bau hanyir. Toskan dan potong perut tersebut kecil-kecil lebih kurang 1 1/2 cm.
2. Kisar bahan yang bertanda (*)
3. Sangai kacang tanah dan kisar
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
5. Masukkan perut tersebut dan masak lebih kurang 10 minit, masukkan kacang kisar.
6. Gaul sebati dan perasakan dengan garam
7. Kalau agak pekat, letak lebih kurang 1/2 gelas air dan biarkan masak lebih kurang 15 minit lagi.
8. Dah tu boleh le diangkat untuk dimakan dengan lauk lain.

Tuesday, May 26, 2009

Makan Malam Desa Subang Permai

Makan malam ni kat rumah ex boss...sebelum dia berangkat ke Morocco. Wife dia, Rahmah (G panggil Kak Mah) masak memang best. Yang datang malam tu....En Nazri n family, Kak Liza dtg ngan abang shahrin dan zahin. Boleh katakan suasana meriah gak le...biasele kalau en.sofree, en nazri dgn husband G digabungkan panjang le citernye. Ada lak penyokong...abg shahrin dgn saudara en sofree (tak ingat le namanye)...tambah rancak le.
Malam tu kebetulan Tok (nenek) en sofree ada, dia buat sambai belacan dan kerabu...fullamak mmg power betul. Menu kak mah lak......laksa power, masak kari, tenggiri masak cuka, ayam bakar (katanye beli kat kedai jer) kerabu, sambal belacan dan mcm2 lg le.


Yg baju putih tu le En. Sofree, depan tu saudara dia, baju batik tu..abg shahrin dan baju biru tu..faham-faham je ler, hubby tersayang. Tengok le lauk yg dihidangkan... tu belum yg kat dapur lagi.
En. Nazri....dia tengok-tengok dulu lauk. Agaknye dalam fikiran dia..mana satu aku nak makan ni. Semuanye sedap2.

En. sofree dan anak-anak, memotong kek hadiah dari en. nazri. Semoga maju jaya di tempat kerja baru, negara baru, kawan baru ...... dan segala-gala baru. Yg baju oren tu anak sulong, Syafiqah, dua orang kat depan tu Syasha yg paling suka melawa...yg kecil tu sarah...yang tak de dalam gambar ni syauqi ngan angah (syauqina).

Tiga dara pingitan....mula dari baju merah tu..puteriku nurul, nadilah (anak en. nazri) dan shasha