En. sofree dan anak-anak, memotong kek hadiah dari en. nazri. Semoga maju jaya di tempat kerja baru, negara baru, kawan baru ...... dan segala-gala baru. Yg baju oren tu anak sulong, Syafiqah, dua orang kat depan tu Syasha yg paling suka melawa...yg kecil tu sarah...yang tak de dalam gambar ni syauqi ngan angah (syauqina).
Tuesday, May 26, 2009
Makan Malam Desa Subang Permai
Mee Goreng Basah
Sunday, May 24, 2009
Ayam Goreng Bercili
AYAM GORENG BERCILI
6 ketul ayam
4 biji cili merah
2 biji bawang merah
5-6 biji cili api
garam
gula
Cara.
1. Goreng ayam macam biasa, jangan garing sangat nanti keras
2. Tumbuk cili merah, bawang merah dan cili api
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan ayam dan gaul sebentar.
Sup Ayam Bersuhun
SUP AYAM BERSUHUN
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (diketuk)
Rempah tiga sekawan
2 sudu rempah sup (G guna rempah sup adabi)
30 sen daun sup & bawang
1 peket suhun (harga Rm1.00)
3 biji kentang (potong 4)
garam
Cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk dan halia yang diketuk bersama dengan rempah tiga sekawan sehingga layu.
2. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi dan masukkan sedikit air agar bahan tumisan tidak hangus.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan lebih kurang 5-10 minit.
4. Tambahkan air dan masukkan kentang. Biarkan sehingga ayam dan kentang empuk.
5. Setelah empuk masukkan suhun yang telah direndam dan perasakan sup dgn garam.
6. Kacau lebih kurang 5 minit dan boleh diangkat untuk dimakan.
Sambal Udang Berempah
SAMBAL UDANG BEREMPAH
Bahan
1 kilo udang
4 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
cili kering (ikut kepedasan)*
1 sb jintan manis**
1 sb jintan putih**
1 sb ketumbar**
daun kari
kayu manis
garam
gula
* dikisar
** disangai dan dikisar
Cara
1. Bersihkan udang dan belah belakang.
2. Tumis bahan kisar, daun kari, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan kayu manis hingga naik bau
3. Masukkan udang dan kacau hingga sebati. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Kalau taknak pekat sangat, letakkan sedikit air.
5. Jangan masak terlalu lama kerana udang akan hilang manisnye.
Tuesday, May 19, 2009
Mee Rebus Tapah
Kami order mee rebus tulang, boleh tahan juga ler rasanye. Kalau ada 5 bintang, G bagi 3 setengah jer ler yer. Tak tau le orang lain.
Monday, May 18, 2009
Percutian ke Penang
Anis dan anak-anak, sama gak menunye...rojak buah
Puteraku......tinggi mengalah, kalah mak ayah. Di panggil naik sbb nak packing balik, Tak tahan cuaca yg terik. Nak duk lamapun tak selesa.
Ni le abang tersayang. Mendodoikan sepupunya tidur.
Ini le 4 hero pelapis. 3 orang tu cucu ayah lang ngan mak yang...baju biru tu cucu sape lagi kalau tak cucu zuariah dgn arwah abu hassan.
Ni kat medan selera Padang Kota Lama. Mahal giler makan kat sini.....tapi dek kerana budak-budak lapar..belasah je le. Tapi next time kalau datang Penang, elakkan ler makan kat sini. Kalau sedap takpe kecuali tomyam dgn kailan ikan masin. Murah dan sedap lagi makan kat KL. Paling nak gelak Sotong 2 rase. sorry le tak de gambo. Ingatkan macam masak ikan 3 rasa rupa-rupanye sotong dua jenis masakan. satu sotong kangkung satu lagi sotong bakar. Tapi abang-abang 3 orang ni tak berhenti makan lagi....mahal punya pasal kena pulun bg perhabis.
Tercapai gak le puteriku nak naik feri Penang. On the way balik.........
Ikan Pedas Rebus Jintan Manis
2 ekor ikan kembung (apa2 ikan pun boleh)
1 1/2 sudu besar cili kering kisar (boleh jugak letak cili hidup)
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 inci belacan - tumbuk
1 sudu kecil rata jintan manis - tumbuk
2 keping asam gelugur
1/4 bahagian nenas - potong kecil (G tak letak pun, lupa nak beli masa p pasar)
7 -8 pucuk daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
air untuk kuah secukupnya (kurang lebih 3 - 4 cawan)
sedikit gula
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan tumbuk dan asam gelugor ke dalam periuk dan tuang 1 cawan air. Masak sebentar dengan api perlahan agar cili benar2 masak (lebih kurang 5 - 8 minit)
Bila telah mendidih, tambah air untuk kuah. Kacau sesekali dan biarkan sedikit mendidih.
Masukkan nenas dan daun kesum. Masak sebentar.
Masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
Biar mendidih dan tutup api. (agak-agak lah ikan jangan sampai hancur lak)
Masakan Simple
2 kilo kerang
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
* tumbuk kasar
1. Basuh kerang dan toskan.
Pencicahnya pula.
Ni lak sambal cencaluk. Cencaluk mmg tak leh letak kat rmh. Jap lagi si along (farhan) tu asyik suruh buat cencalok je. Goreng telur pun suruh letak cencalok. Mcm makan kat Nyony
a Kitchen tu. Dia tak boleh makan kerap sgt nanti gatal hidung.Thursday, May 7, 2009
Rakan-rakan di Office
Ini le....En. Din. Nak minta tolong kena sebut handsome 3x. Mat Kacau office, boleh masuk Raja Lawak tahun 2020.
Ini plak Ridzal...nama glamor Ridzaldo bleh...Ridzalbo pun bleh....apa-apa pun bleh. Pemegang akaun utama company. Tanpa dia...tak leh claim petty cash...duit kat poket dia. Penting tu..................
Nak rasa sambal tumis special.....ha ni dia. Org T'ganu. Anak-anak kata sambal tumis aunt fizah paling sedap. Lagi satu...solok lada. Fuuuuuuh mmg sodap. Sebelah tu intan payung gunung meletup. Pujaan hati...namanye Adam.
Waktu blog ni di edit....member satu ni tengah bersiap untuk naik pelamin 09/05/09. Kat sebelah tu le isterinye. Selamat Pengantin Baru Hazreek & Zura
CUTI HARI BURUH
RENDANG CENDAWAN KUKUR
Bahan
Cendawan Kukur
Cili Kering (ditumbuk)
Bawang Merah (ditumbuk)
Halia (Hiris halus je)
Serai (Diketuk je)
Daun Kunyit (hiris halus gak)
nak pedas letak cili api sikit
santan
Cara
1. Bersihkan cendawan kukur dan rendam seketika.
2. Cili kering dan bawang merah ditumbuk
3. Masukkan bahan tumbuk ke dlm kuali disertakan dengan santan, serai dan halia.
4. Masukkan cendawan yg telah ditoskan berserta hirisan daun kunyit.
5. Kalau kurang lemak tambah santan lg.
6. Dah masak, boleh diangkat.
Si Kecil, Si Manja yang comel

Ini plak...cucu saudara. Hai dah tua rupanye...dah ada cucu. Atas tu si Fasha. Comelnye..pakai macam mak hajah. Ada gelaran glamour tp tak ingat apa dia. Kat bawah tu lak..si Faris. Dia orang berdua ni sepupu sepapat. Masa ni kenduri cukur jambul. Dah penat kena gendong...terus tidur.