Monday, June 1, 2009

Lemak Cili Api Jantung Pisang

Salah satu menu hari minggu hari tu.... Masa p pasar tani ternampak ada makcik ni beli jantung pisang......teringin lak nak makan. Beli sebiji je..yg makan pun G dgn hubby je...anak2 makan kuahnye.


1 biji jantung pisang
10 biji cili api (ikut suka, kalau nak pedas lagi tambah lebih skt)
2 batang serai (dititik)
1 biji kelapa
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit (hiris kasar)
4 biji buah keras

Cara

1. Buang kulit luar sahaja, basuh, potong 2 dan rebus. Bila dah empuk. Tos dan sejukkan sebentar. Potong2 jantung pisang lebih kurang 2 cm lebar.
2. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan buah keras.
3. Perah santan dan masukkan bahan tumbuk tadi berserta dengan jantung pisang dan daun kunyit hiris
4. Apabila separuh mendidih, kacau kuah supaya tidak naik minyak. Perasakan dengan garam.
5. Bila dah mendidih secukupnya....boleh le diangkat.


No comments:

Post a Comment