Monday, June 22, 2009

Rendang Kerang

Tujuan masak rendang kerang ni sbb ada tetamu nak datang.........sape lagi kalau tak fizah n family. Beli kerang kat Tesco.....frust sbb kerang tak manis dah...kerang bersimpan, may be nak perabis stock agaknye. Kalau nak buat rebus je...mmg not recomended le. Setakat nak buat rendang boleh le.....................


4 kilo kerang (rebus separuh masak)
8 biji bawang merah (besar...yg kecik dah habis)*
7 ulas bawang putih*
10-15 tangkai cili kering*
2 sm halia*
2 sm lengkuas*
3 batang serai*
5 biji buah keras*
1/2 kilo santan (yg dah siap perah kat kedai tu)
1/2 biji kelapa parut (nak buat kerisek)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
* dikisar
Cara
1. Rebus kerang separuh masak dan kopek
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dan hingga wangi.
3. Setelah naik minyak....masukkan santan dan biarkan mendidih.
4. Biarkan seketika masukkan kerang dan daun kunyit yg dihiris.
5. Masukkan kerisek dan gaul sebati.
6. Bila kuah dah agak pekat boleh diangkat atau perlahankan api dan masak hingga kuah agak kering.











No comments:

Post a Comment